Pembuka Hati SinaraN IILahi..

Thursday 5 January 2012

Rampas semula kawasan Felda

PUTRAJAYA - Umno akan memastikan 54 Parlimen dan 96 Dewan Undangan Negeri (Dun) mempunyai penempatan Felda, dimenangi kesemuanya dan kawasan yang kalah kembali ke Barisan Nasional.

 Felda

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya merangka strategi untuk menawam semula kawasan tersebut.

Menurutnya, kawasan berjaya dimenenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu, adalah Tanah Merah, Sik, Baling, Padang Terap dan Kulim Bandar Baru.

“Kami sedang merangka strategi menawan balik kawasan itu sama ada di Parlimen dan Dun dengan membabitkan warga Felda.

“Saya percaya kerjasama ini, ia dapat membuahkan hasil, malah kekuatan pembangkang di kawasan Felda semakin berkurangan, walaupun mereka hendak menjadikan Felda sebagai isu ketika menghadapi pilihan raya umum nanti,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian, selepas mengadakan pertemuan dengan Gabungan Generasi Peneroka Wawasan Felda Kebangsaan (Gempak) di pejabatnya.

Gempak adalah badan pertubuhan kerajaan yang dianggotai oleh 16 Gabung Wawasan Generasi Felda.

Ahmad Maslan berkata, kawasan Felda telah dikenali sebagai kuasa penentu dalam pilihan raya nanti, bagaimanapun usaha lebih gigih perlu dilaksanakan dan yakin ia dapat dilaksanakan.

Menurutnya, beliau yakin pembangkang akan mempergunakan isu tanah yang diuruskan oleh Felda Plantations dengan mendakwa tanah tersebut sepatutnya diserahkan kepada anak atau waris peneroka.

“Tanah itu adalah sebahagian daripada tanah peneroka yang enggan menyertai Felda pada masa lalu, maka kerajaan menyerahkan kepada Felda untuk diuruskan.

“Oleh itu kerajaan telah mempergunakan untuk Felda kepada projek pembangunan dan keselesaan rakyat memandang Felda telah mempunyai sumber pendapatan,” katanya.

Sementara itu, pertemuan dengan Gempak Ahmad Maslan berkata, ini adalah perjumpaan pertama selepas ia ditubuhkan.

“Pertemuan ini lebih kepada penerangan dan cadangan bagi menambah baik segala yang berkaitan dengan Felda,” katanya.

No comments:

Post a Comment