Pembuka Hati SinaraN IILahi..

Friday 6 January 2012

Rahsia di sebalik tubuh manusia



Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di sebalik ciptaan ini, tersimpan banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia. Rahsia-rahsia yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja darinya. Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Ta'ala.

Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada nama Allah dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam padanya. Mengapa tangan kita ada lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak oleh Allah? Mengapakah dalam solat mengandungi perbuatan berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud?  Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri manusia yang jarang disedari.


Nama Allah pada 5 jari tangan

Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.

 name of Allah 19

Bilangan nama-nama Allah pada tapak tangan

Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat yang akan membentuk tulisan nombor dalam Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan kiri dan 18 di telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99.

Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagai Asma-ul Husna (Nama-nama yang baik).

 name of Allah 20


Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah simboliknya kepada solat wajib yang Muslim mesti tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.


Saluran udara pada paru-paru membentuk kalimah Tauhid

Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah 'La ilaha illallah' (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan Arab. Lihat gambar di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.

 

   Foto oleh: Dr Syed Ashrafuddin, Jeddah, Saudi Arabia


Perbuatan-perbuatan dalam solat adalah simbol bagi nama Nabi

Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا), ruku' melambangkan huruf Ha (ح), sujud melambangkan huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.

 




 


 


احمد  =  ا + ح + م + د  =  Ahmad

Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w. Dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.

Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di dalam bahasa Arab maksudnya sama saja, iaitu 'Yang Terpuji'.

"Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: "Hai bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)" ...... " (Surah As-Shaaf : Ayat 6)



Otak manusia dalam keadaan seperti orang sujud dalam solat

Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.

Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?

 

                                           Otak manusia pun dalam keadaan seperti orang sujud



 



"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?"  (Surah Fusshilat : Ayat 53)


Nama Allah ketika angkat jari telunjuk pada duduk tasyahhud dalam solat

Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat, adalah sunat kita mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan Tuhan yang Esa.  Dan perhatikan dalam gambar di bawah, pada urat-urat jari itu akan membentuk kalimah Allah dalam Bahasa Arab, subhanAllah.


 


 


"Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu." (Surah Al Infithaar : Ayat 6-8)

Thursday 5 January 2012

Pelajar Cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah Kekal Imej Muslimah Walaupun Di Perantauan

Isu terhangat yang diperkatakan ketika ini di laman sosial yang mana, mahasiswi cemerlang tajaan Malaysia di United Kingdom ‘berposing maut’ dan memuat turun gambar di laman sosialnya. Pengajaran yang boleh diambil, janganlah kita menjadi individu yang terlalu negatif dan mendesak kerana manusia sesunguhnya tidak lari dari melakukan kesilapan, yang melakukan kesilapan janganlah kita menghukumnya dengan perlakuan ‘dosa’ yang dilakukan.

Dini kita singkap kisah pelajar yang mendapat anugerah yang juga dimiliki Amalina yang mendapat ‘Anugerah pelajar cemerlang SPM’.

Pada tahun 2006, Anak Kelantan yang mendapat anugerah pelajar cemerlang  dalam SPM bagi tahun 2006, dengan keputusan 17 1A dan 1 2A, kini sedang melanjutkan pelajarannya dalam jurusan perubatan di University of Nottingham, United Kingdom. Disebutkan, beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.

Siti Fatimah kelihatan masih kekal dengan imej tudung labuh, kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan terutama sekali para pelajar di seluruh negara.

 

Di Malaysia tahun demi tahun pelajar-pelajar yang cerdik pandai sering meningkat jumlah peratusannya. Ini mewujudkan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua contohi.

 


Dalam hal ini, buanglah yang keroh ambillah yang jernih. Jadikan pengalaman itu sebagai panduan di masa hadapan disamping mendekatkan diri kepada Allah agar terhindar dari perkara mungkar juga dilaknati Allah.

Rampas semula kawasan Felda

PUTRAJAYA - Umno akan memastikan 54 Parlimen dan 96 Dewan Undangan Negeri (Dun) mempunyai penempatan Felda, dimenangi kesemuanya dan kawasan yang kalah kembali ke Barisan Nasional.

 Felda

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya merangka strategi untuk menawam semula kawasan tersebut.

Menurutnya, kawasan berjaya dimenenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu, adalah Tanah Merah, Sik, Baling, Padang Terap dan Kulim Bandar Baru.

“Kami sedang merangka strategi menawan balik kawasan itu sama ada di Parlimen dan Dun dengan membabitkan warga Felda.

“Saya percaya kerjasama ini, ia dapat membuahkan hasil, malah kekuatan pembangkang di kawasan Felda semakin berkurangan, walaupun mereka hendak menjadikan Felda sebagai isu ketika menghadapi pilihan raya umum nanti,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian, selepas mengadakan pertemuan dengan Gabungan Generasi Peneroka Wawasan Felda Kebangsaan (Gempak) di pejabatnya.

Gempak adalah badan pertubuhan kerajaan yang dianggotai oleh 16 Gabung Wawasan Generasi Felda.

Ahmad Maslan berkata, kawasan Felda telah dikenali sebagai kuasa penentu dalam pilihan raya nanti, bagaimanapun usaha lebih gigih perlu dilaksanakan dan yakin ia dapat dilaksanakan.

Menurutnya, beliau yakin pembangkang akan mempergunakan isu tanah yang diuruskan oleh Felda Plantations dengan mendakwa tanah tersebut sepatutnya diserahkan kepada anak atau waris peneroka.

“Tanah itu adalah sebahagian daripada tanah peneroka yang enggan menyertai Felda pada masa lalu, maka kerajaan menyerahkan kepada Felda untuk diuruskan.

“Oleh itu kerajaan telah mempergunakan untuk Felda kepada projek pembangunan dan keselesaan rakyat memandang Felda telah mempunyai sumber pendapatan,” katanya.

Sementara itu, pertemuan dengan Gempak Ahmad Maslan berkata, ini adalah perjumpaan pertama selepas ia ditubuhkan.

“Pertemuan ini lebih kepada penerangan dan cadangan bagi menambah baik segala yang berkaitan dengan Felda,” katanya.

Mat motor kunjungi Nik Aziz

KOTA BHARU, 5 Jan: 20 ahli kelab motor dari Kuala Lumpur, Terengganu, Selangor dan Kelantan berkunjung ke rumah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz  baru-baru ini.


(Wakil kelab menyampaikan cenderamata kepada Tuan Guru Nik Aziz)

Selain itu, mereka juga mengunjungi  Rumah Puteri Harapan, Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) Kelantan yang terletak di  Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa.

Kesemua mereka adalah dari Kelab RD Malaysia (RD CLUB Malaysia) dengan kerjasama Kelab Pencinta Dua Roda Malaysia dan Kelab Pemilik Motorsikal Yamaha Lagenda Malaysia Cawangan Kelantan (Mylamoc).

Konvoi ini dimulakan dengan majlis makan tengahari di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, Kg Sirih, Kota Bahru diikuti solat Zuhur berjemaah.

Lokasi pertama konvoi ialah ke Rumah Puteri Harapan, Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) Kelantan yang terletak di  Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa.

Walaupun hujan lebat namun itu tidak mematahkan semangat peserta konvoi berkunjung ke rumah anak yatim tersebut yang menempatkan seramai 200 anak yatim lelaki dan perempuan. 

Kehadiran konvoi amal ini  telah disambut meriah oleh Hj Mohamad bin Yaakob, Setiausaha YAATIM. Konvoi tersebut turut membawa sedikit sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur agar dapat membantu pihak pengurusan.

Malah sessi ramah mesra antara peserta konvoi dengan anak-anak yatim itu dapat mengurangkan rasa sedih dan menceriakan anak-anak yatim tersebut serta memberi harapan baru bahawa masih ada yang mengambil berat tentang mereka.

(Gambar dibawah: Sebahagian anggota ekspedisi bergambar di rumah YAATIM.)


Menurut Pengerusi Kelab RD Malaysia Cawangan Kelantan, Nik Ahmad Hishamudin berkata, konvoi ini diadakan atas kesedaran bagi menghargai dan mengambil berat anak-anak yatim yang kurang bernasib baik.

Beliau berhasrat mengadakan lebih banyak aktiviti dan program di rumah anak yatim ini di masa hadapan seperti pameran motorsikal, kempen keselamatan jalan raya, ceramah motovasi dan penerangan tentang aspek-aspek mengendalikan motorsikal yang selamat agar menjadi ilmu yang berguna bagi anak-anak yatim ini di masa hadapan.

Menurut beliau lagi, bersempena konvoi ini, para peserta turut mengadakan kutipan derma kilat bagi membeli barangan keperluan dapur untuk disumbangkan ke rumah anak yatim tersebut.

Selepas itu, konvoi bergegas ke Pulau Melaka bagi menunaikan solat Asar bersama-sama Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Peserta konvoi juga berkesempatan beramah mesra dengan beliau dimana beliau turut memberikan nasihat agar berhati-hati menunggang motorsikal dan jangan lupa berhenti untuk bersolat ketika konvoi.

Teknik-teknik Kreatif Untuk Bangun Solat Subuh


Tidak dinafikan bahawa solat yang paling sukar untuk dilakukan dalam waktunya adalah solat subuh. Bukan kerana solat subuh jauh lebih sukar dari solat-solat lain tetapi kerana sukarnya kita untuk bangun tidur. Keadaan ini mungkin berlaku kepada semua peringkat umur. Saya sendiri kadang-kala menghadapi masalah yang sama. 


Di sini saya ingin kongsikan beberapa langkah kreatif yang boleh kita sama-sama amalkan.

Langkah 1: Banyakkan jam lonceng.

Perbanyakkan jam loceng yang boleh mengganggu tidur kita. Letakkan ia di beberapa tempat. Mungkin dengan hanya satu jam kita akan tutup dan terus menyambung tidur. Tetapi dengan jam yang banyak kita terpaksa menutupnya satu persatu sehingga terpaksa bangkit dari tempat tidur. Jangan lupa untuk letakkan jam loceng tersebut pada tempat yang berlainan dan agak jauh dengan katil kita.

Langkah 2: Tidur tanpa selimut dan bantal.

Jika kita seorang yang sering tidur bertemankan bantal busuk dan selimut kesayangan, kali ini cuba tidur tanpa semua itu. Letakkan bantal dan selimut kita di tempat yang jauh. Biar tidur kita kurang selesa.

Langkah 3: Tidur di atas lantai.

Jika masih tidak dapat bangun walaupun sudah tidak berbantal dan selimut, kali ini kita tak perlu lagi tidur di atas katil. Tidur saja atas lantai. Kadang-kadang kita sukar nak bangkit dari tidur adalah kerana badan kita terasa lemah bila berada di atas tilam yang lembut.

Langkah 4: Sediakan semangkuk air.

Adakalanya kita sudah terjaga dari tidur tetapi tetap berdegil tidak mahu bangun. Dalam hati berkata, “sambung sikit lagi…sikit lagi..sikit lagi..” dan akhirnya kita kembali tertidur sehingga habis waktu subuh. Cara yang mudah untuk mengelakkan sifat buruk ini ialah dengan menyediakan semangkuk air di sisi tempat kita tidur. Apabila tersedar, letakkan tangan kita dalam air itu. Badan kita akan terus rasa segar seperti terkena kejutan elektrik. Kalau nak lagi kaw, selamkan terus muka kita dalam air tu. InsyaAllah lepas tu kita akan terus bangun untuk solat!

Langkah terakhir: Tidur awal dan disiplin terhadap masa sendiri.

Sebenarnya untuk bangkit solat subuh bukanlah perkara yang sukar jika kita berdisiplin dengan waktu tidur kita. Tidur dengan membaca doa dan minta perlindungan dari Allah supaya kita diberi kekuatan untuk bangun solat subuh. Amalkan sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah sebelum tidur. Rujuk artikel Di Antara Tidur Yang Mendapat Pahala  & Tidur Kosong untuk belajar amalan yang dilakukan oleh Rasulullah sebelum tidur.

Di Antara Tidur Yang Mendapat Pahala Dengan Tidur Kosong.

Seseorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. 

5. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

6. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

7. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

8. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

9. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai bapa-bapa angkat mereka ketika kita bersetubuh dulu.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang .
Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T.

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat.
Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut.

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.



Nur Amalina: Henti fitnah saya

KOTA TINGGI – Pelajar Terbaik SPM 2004, Nur Amalina Che Bakri hari ini meminta semua pihak khususnya blogger supaya tidak lagi menyebarkan fitnah dan mengaibkan beliau kononnya bertindak liar dengan perbuatan-perbuatan kurang bersopan.

Sambil menyangkal fitnah mendakwa dirinya mengalami kejutan budaya ketika mengikuti pengajian tinggi di United Kingdom sekarang, tegas Nur Amalina: "Jangan menilai seseorang daripada pandangan luaran sahaja."

Nur Amalina: Henti fitnah saya


Beliau berkata demikian menerusi sidang video ‘Skype’ di kediaman ibunya, Sabariah Hassan, semalam, juga turut terkilan dengan tindakan menceroboh gambar peribadi miliknya.

Nur Amalina mengakui beliau terkilan apabila ada pihak memberi komen-komen yang melibatkan keluarganya.

"Bagi mereka (blogger) yang menyebarkan gambar-gambar tersebut diharap dapat hentikan kerana ia mengaibkan tambahan pula ia adalah gambar peribadi saya," tegasnya dalam reaksi pertama mengenai kontroversi diri beliau.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian semalam, ibunya Sabariah Hassan menyifatkan segala tuduhan liar terhadap Nur Amalina sebagai fitnah.

“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (UK), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.

Berkongsi kisahnya, Nur Amalina juga mengakui sudah lali dengan perkara sebegitu kerana ini bukan pertama kali difitnah.

"Namun saya reda, sememangnya mulut orang kita tidak boleh tutup, tambahan pula ia adalah sesuatu yang tidak benar,” kata beliau.

Mengulas mengenai fesyen serta pakaian yang disifatkan seksi seperti yang tersebar di laman blog, Nur Amalina menyifatkan ia melampaui batas.

“Saya sememangnya tidak bertudung, malah saya gemar berfesyen sejak kecil lagi. Seluar yang saya pakai di dalam gambar tersebut adalah pemberian daripada mama.

“Seluar itu mempunyai satu lapisan lain yang menyerupai warna kulit di bahagian dalam, ia tidak seperti yang difikirkan masyarakat, kerana tidak mungkin saya akan memakai pakaian yang koyak untuk keluar,” katanya.

Jelasnya, walaupun tidak bertudung, amalan membaca al-Quran serta solat lima waktu tidak pernah dilupakan dan menegaskan ia merupakan kunci kejayaannya.

“Walaupun saya tidak bertudung tetapi saya masih tidak lupa untuk menunaikan solat setiap waktu, juga membaca Yasin pada malam Jumaat kerana mama telah mendidik saya sebegitu sejak dari kecil.

“Saya tidak pernah melakukan perkara yang melampaui batasan ketika keluar bersosial bersama rakan-rakan, ia cara bagi melepaskan tekanan selepas berpenat mengulang kaji, gambar yang tersebar itu adalah gambar ketika meraikan hari lahir saya,” katanya lagi.

Nur Amalina yang kini sedang menjalankan penyelidikan mengenai barah ovari dan payudara berkata, fitnah yang tersebar tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan nasihat, apa yang berlaku ini akan saya jadikan iktibar dan tauladan untuk menjadi lebih baik.