Pembuka Hati SinaraN IILahi..

Saturday 19 November 2011

firman allah S.W.T

1.   "Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, 
dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik
 dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. 
Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, 
ia dapati makanan di sisinya. 
Zakariya berkata: 
"Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" 
Maryam menjawab: 
"Makanan itu dari sisi Allah." 
Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab." 

(Surah Ali-Imran, 37)


2.   Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah,
dan Allah akan membalas tipuan mereka. 
Dan apabila mereka berdiri untuk salat
 mereka berdiri dengan malas. 
Mereka bermaksud riya (dengan salat) 
di hadapan manusia.
 Dan tidaklah mereka menyebut Allah 
kecuali sedikit sekali.

(Surah An-Nisa 4: Ayat 142)


3.   Dia mengetahui bahawa akan ada di antara 
kamu orang-orang yang sakit 
dan orang-orang yang berjalan di muka bumi 
mencari sebahagian kurnia Allah; 
dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah,
 maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al-Quran 
dan dirikanlah sembahyang, 
tunaikanlah zakat dan 
berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. 
Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat
 untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya 
di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik
 dan yang paling besar pahalanya. 
Dan mohonlah ampunan kepada Allah; 
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 

( Surah Al-Muzammil, 20. )


p/s : peringatan yang telah di catat 
di dalam al quran 
sebagai pedoman 
dan pendorong hidup kita
wallahualam..



kepentingan antara Kualiti dan Kuantiti



Perang Badar menjadi bukti bahawa bilangan yang sedikit tidak menghalang Muslimin daripada menang  menghadapi musuh yang banyak bilangannya, dengan syarat terpasaknya dalam jiwa Taqwa dan Sabar.
Perang Hunain pula menjadi bukti bahawa bilangan yang ramai tidak dapat menolong Muslimin dalam mengatasi musuh, andai tiada keutuhan Taqwa dan Sabar.

Ayat al-Quran diturunkan mengenai perang Badar dan perang Hunain agar dijadikan sebagai pengajaran buat umat Islam. Sudahkah kita mengambil teladan dan sempadan?
Bilangan Muslimin yang sedikit dalam perang Badar tidak menjadi penghalang kemenangan, lantaran ketulenan Islam dan Iman, serta pegangan yang kukuh kepada Allah dan RasulNya.
Sebaliknya semasa perang Hunain, bilangan Muslimin amat ramai. Tetapi angka yang besar tersebut tidak menjamin kemenangan. Meskipun ramai, tetapi bagaimana dengan kekuatan iman di dalam jiwa?

Perang Hunain
Rasulullah s.a.w keluar menuju ke Lembah Hunain bersama angkatan berjumlah 12 000 orang - 10 000 dari Madinah dan 2 000 dari Mekah.
Melihatkan jumlah tentera yang besar, beberapa orang di kalangan tentera Muslimin berkata:"Kita pasti tidak akan kalah."
Sebahagian daripada tentera Muslimin di perang Hunain itu terdiri daripada mereka yang hanya menggabungkan tubuh badan ke dalam pasukan Muslimin, tetapi hati dan jiwa masih dikuasai oleh dunia, masih terdapat sifat-sifat yang menjadi penghalang kepada turunnya pertolongan Allah s.w.t.

Oleh sebab itu, ramai dikalangan tentera Muslimin mundur ke belakang semasa berlakunya kacau-bilau dan porak-peranda akibat diserang hendap di Lembah Hunain.

Tetapi para mukminin sadiqin dari kalangan Ansar dan Muhajirin, kembali menghadapi musuh sebaik sahaja mendengar laungan dan panggilan Rasulullah s.a.w. Mereka terus mengelilingi Baginda s.a.w dan terus teguh mengharungi pertarungan sengit. Dan bilangan sadiqin itu tidak lebih dari 200 orang.

Dengan 200 orang sadiqin itu, kemenangan berbalik semula kepada Muslimin setelah hampir dimiliki pihak musuh. Sakinah (ketenangan) telah diturunkan dan ditempatkan semula ke dalam hati Muslimin. Pihak musuh musyrikin telah ditewaskan oleh tentera Allah, padahal mereka dalam angka bilangan berjumlah 12 000.

Firman Allah Ta'ala:
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi sombong kerana banyaknya jumlah kamu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.

Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tiada melihatnya, dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang yang kafir, dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir.
(At-Taubah: 25-26)

Perang Badar
Benarnya niat, gigihnya ikhtiar dan usaha - syariatullah juga sunnatullah, dan penggantungan harapan hanya kepada Allah Ta'ala, menjadi asbab hadirnya bantuan yang dinanti daripada Allah Maha Perkasa.
(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: "Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut."

Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Al-Anfal: 9-10)

Realiti Kini
Kuantiti itu penting, tetapi kualiti lebih penting. Umat Islam tidak sedikit. Ramai. Tetapi Muslim yang berjiwa Muslim Mukmin masih kurang. Muslim yang menghayati Islam sebagai the way of life masih kurang. Pelbagai 'penyakit' masih melanda umat Islam. Buktinya, apa yang kita lihat pada hari ini.

Pelanggaran larangan Allah, maksiat kepadaNya. Pengabaian solat, zakat dan puasa. Pakaian tidak menutup aurat dan tidak menepati syara'. Ikhtilat tidak syar'ie, khalwat, zina, rogol, rempit, curi, arak, judi, rokok, dadah, bunuh, homoseksual, murtad, pecah amanah, rasuah dan Al-Quran tidak diambil sebagai perlembagaan.

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (telah melaksanakan perintah Allah untuk memberi peringatan) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.
Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasiq.
(Al-A'raaf: 164-165)

Perubahan perlu dilakukan. Umat Islam perlu sedar dan bangkit. Umat Islam perlu membina kekuatan spiritual, kepakaran dan ekonomi, mencontohi kegemilangan Islam di waktu silam. Dan peranan pembinaan kekuatan umat kini terletak pada bahu semua muslim.

Perintah Allah Ta'ala kepada kita:
Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka (musuh Allah) dengan kekuatan yang kamu miliki. 
(Al-Anfal:60)





p/s : keteguhan iman & akidah membawa
peranan yg penting dalam memperjuangkan ke jalan allah..
kuantiti yg ramai tetapi kurangnyer kualiti
pasti akan tewas..
kualiti seseorg yang mantap n kental
mengikut al quran & as sunnah
akan menghasilkan perjuangan yg mulia disisi allah
walaupun kuantiti yg sedikit
wallahualam..




15 ciri wanita syurga..

alt

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.


11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.


 p/s : sebaik-baik perhiasan itu,
adalah wanita solehah..
lihatlah betapa besarnya darjat seorang 
muslihat di sisi allah..
Tetapi perlu berwaspada sesungguhnya,
wanita itu  lebih ramai mudah masuk di syurga
dan lebih ramai masuk ke neraka..
nauzzubillah... Bangkitlah wahai muslimat..
pertahankan mahkota  terindah kita..
wallhualam

Friday 14 October 2011

wahai sang kumbang..


Wahai Sang Kumbang...
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan,
Kau diberi peluang memeliharanya dengan kudrat tangan,
Kau diberi mandat membetulkan lenggokan bunga-bunga yang harum di taman,
Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebanggaan.
Wahai Sang Kumbang...
Tatkala Kau bertaut pada bungaan yang berduri,
Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerakusan hati,
Kerana baginya itulah satu-satunya perisai diri,
Sebaiknya Kau belailah ia dengan kasih sayang dan rasa takwa kepada Ilahi.
alt



Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali Kau meleraikan kelopak bunga yang sedang berkembang,
Janganlah sesekali Kau mencemarkan bunga-bunga yang indah dipandang,
Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan,
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang yang cacat dan menjengkelkan. 
Wahai Sang Kumbang...
Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi,
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini,
Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu yang bernafsu berahi,
Tetapi bunga-bunga ini amanah kepadamu untuk kau hayati dan hargai.
Wahai Sang Kumbang...
Kau bebas terbang dan bertaut di Bunga yang kau dambakan,
Namun, perlu Kau ingat bukanlah nafsu yang harus menjadi ukuran,
Cukuplah sekadar apa yang kau mampu untuk hadamkan,
Semarakkanlah ia dengan baja-bajaan yang diamanahkan.
Wahai Sang Kumbang...
Janganlah dirimu terbang menghisap madu dan berlalu pergi,
Usah bebankan hati Bunga yang tidak mampu terbang tinggi,
Setialah di situ dan didiklah ia dengan kasih yang suci,
Semoga Kau bisa menjadi Kumbang yang sentiasa dirahmati.

Tuesday 4 October 2011

kerja oh kerja..

Tarikh : 30.09.2011 - 01.10.2011
Tempat : Larkin Jaya ( Rajawali travel )
Destinasi Sebenar : Singapura

kerja oh kerja
2 hari berturut2 g keje kat singapura
sebagi "tour leader"
2 salah satu bidang ape yg sy belaja skrg nie..
tour leader nie mengendali satu
kumpulan ke destinasi 
ke destinasi dgn selmat..

hari pertama nyer bwk group
bdk2 sekolah dari Terengganu
tempat yg dilawati :
- g sekolah rendah North Vista


- g mkn tengah hari kat Minang Restaurant


- g universal studio


- g mkn mlm kat Arches Restaurant


- mlm nyer g la shopping kat Bugis Village..


best la bwk group nie..
walaupun budak sekolah
tapi deorg sgt frendly
pastu loaded2 plak 2
kire dari kalagn org kaye2 la..

pastu hari kedua bwk plk group KWSP
baik2 la org nye
deme g
antaranya :
- g universal studio

-pastu g mustapa centre n masjid angulia tok solat


- pastu g restaurant zam2 tok bli mertabak


baik punya..

dua2 group nie mesti habis jam 11 mlm
memg penat
tapi seronok..
nie la pengalaman kalo nk jadi tour leader
ala2 tour guide..


p/s : walaupun kita berada di negara org 
kita mesti pandai jaga diri
sbb budaya di negara org ngn negera kita lain..
do kne pandai jg diri, jaga ibadah,
jaga akhlak n tarbiyyah kita yg penting..

Wednesday 28 September 2011

liqa' fikri

tarikh : 28.09.2011
tempat : masjid poliJB


Liqa' Fikri..
salah 1 modul KRMM..
Liqa' Fikri nie bertujuan tok fahamkan adk2
mengenai ape yg kita dah berikan silibus
mase usrah..
tujuan Liqa' nie buat
adalah untuk menyimpulkan bab2 yg kita dah pelajari..
tadi Ustaz Hamdan selaku
penceramah menerangkan
tajuk yg bertajuk Islam sebgi AD-deen..

ceramah yg disampaikan oleh Ustaz Hamdan


tadi perjalanan program pas solat magrib..
makan dulu..
AJK makanan ad msk tok para tetamu nie..
nk tau x menu nyer ape???..
sedap beb..
Menu nyer ialah SUP bIHUN + air sirap..
ape mcm sedap bkn..
pastu ad plak sahabiah bwk cekotok..
taw x cekotok 2 ape cekodok..
saje je.. mase kecik2 pgl mcm 2..
ape pun sedap bangat2..


bihun sup KRMM



air sirap KRMM


licin jugak.. dasyat..


cekotok..


pas dah mkn2 2..
solat isyak pulak
pas tu baru la start ceramah..
budk2 yg dtg agak menghampakan la..
sbb byk yg ad kelas mlm..
erm xpe la..
harap2 ape yg di sampaikan oleh naqib & naqibah nie
deme dapat manfaatkn dgn sebaiknyer..

adk2 usrah yg hadir


p/s : ilmu amt penting bg setiap individu..
ilmu amat bernilai bg kita semua untuk mempertahankan
hujah2 terhadap musuh2 kita..
oleh itu marilah kita semua
mengecas iman kita untuk menambahkan ilmu pengetahuan
sebagai benteng pertahanan kita..
CHAYOK2X..


Tuesday 27 September 2011

epilog silam

Dalam mengenang kisah hidup silam
Kusedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa2 ku
Masihkah ada ampunan buat ku..

Tuhan.. dalam menempuh hidup ini
Byknya dugaan dtg menguji
Tuhan.. ad yg dpt ku gagahi
Dan ad yg gagal ku hindari..

Tuhan... dosaku mengunung tinggi
Tetapi taubat ku x ku tepati
Tuhan.. rahmatmu melangit luas
Terlalu sedikit ku bersyukur

Kini ku kembali padamu
Mengharap maghfirat darimu
Mogakan terampunlah dosa2 ku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-MU
Kerna ku yakin Kasih-Mu
Kekal tiada sudahya...

p/s : kita hidup sentiasa di uji.. pahit manis pasti akn dilalui..
tanda kasih allah terhadap umat nyer amt mendalam..
ya allah engkau ampunilah segala dosa2 ku, 
dosa kecil mahupun dosa besar..
sesungguhnya engkau maha pengampun lagi maha pemyayang..
taubat ku ihkls kerana mu ya illahi..





Monday 26 September 2011

duhai kasih...

Duhai Kasih
aku amat merindui mu
tetapi aku amat merindui Penciptaku n Rasulku

Duhai Kasih
aku ingat berjumpamu
tetapi aku lebih ingin menemui Penciptaku n Rasulku



Duhai Kasih
aku ingin sentiasa berhubung dgn mu
Tetapi aku lebih ingin berhubung dgn penciptaku n rasulku

Duhai Kasih
aku ingin bermanja n bermesra dgnmu
tetapi apakah allah n rasulku meredoi ape yg diinginkan n dilakukan
apakah di dalam alquran 
tidak dinyatakan semuanya
cinta manusia memang menyakitkan
cinta kpd penciptanya n rasulnya 
amat mulia disisi allah dan rasul

Duhai Kasih
sesungguhnya kita manusia 
yang mudah lupe dan jahil
ingat la
bahawa kita merupakan umat akhir zaman
mati akan dtg pada bila2 masa
dgn keizinan allah..

Duhai Kasih
cinta yg diredoi yang sentiasa di lindungi olah illahi
jadi jgnlah engkau menghampiri zina
sesungguhnya amat bencilah disisi allah S.W.T jika kita menghampiri zina
jadi marilah kita same2 memohon keampunan kepadanya..
AMIN..

p/s : cinta, kasih syg pasti akn lahir dlm diri semua manusia
ia merupakan nilai murni di dalam jiwa
tetapi gunakan lah cinta kita pada jalan yg benar
bukan kerana nafsu mahupun emosi
kebahagiaan itu akn hadir 
apabila hati n diri sendiri bersih dari sebarang perkara2 yg kotor..
bertaubat yg bersungguh2 adalah merupakan salah
satu jalan penyelesaian yg terbaik..
InsyaALLAH..
Takbir3x!!!!..
MANIS nyer HEMPEDU ini..